Munir Mega

Abdul Munir bin Samsudin atau dikenali sebagai Munir merupakan pemain dram kumpulan rock terkenal Malaysia iaitu kumpulan Mega. Sebelum menyertai Mega, Munir merupakan pemain dram kumpulan FRU pada tahun 1988 di mana kumpulan itu turut dianggotai oleh Dato' Hattan (vokal, kemudian bergerak solo) dan Mat Mega (bass, kemudian menyertai Mega pada tahun 1989).Biarpun Mega telah ditubuhkan pada tahun 1988, Munir hanya mula menganggotai kumpulan tersebut pada tahun 1990 setelah pemain dram asalnya, Joey menarik diri selepas album pertama Mega mula dipasarkan. Album studio kedua Mega, Ilustrasi yang dikeluarkan pada 30 April 1991 merupakan album pertama yang menampilkan Munir sebagai pemain dram kumpulan Mega. Munir juga adalah insan yang banyak membantu pemain dram Exists, Ujang sehingga membolehkan Ujang menjadi salah seorang pemain dram tersohor Malaysia pada masa kini.Selain itu, Munir adalah salah seorang pemuzik undangan (dram) untuk lagu Madah Berhelah nyanyian Ziana Zain.